Tuesday, March 6, 2012

Sabtu yang Canggung


Petang itu suasana biasa seperti hari-hari sebelumnya,langit cerah dan awan berarak perlahan.

Megat baru sahaja lepas menjamah makanan tengahari.Hari ini Megat kurang berselera.Sisa-sisa lauk dan nasi banyak yang dibazirkan lalu dibuang ke dalam mangkuk sebelah singki.

Ibu Megat,Mak Yah memandang tingkahlaku Megat.Dari pandangan mata Mak Yah,nampak perasaan kurang senang bercampur kecewa dengan anaknya membazirkan rezeki.Lagipun bukan sekali dua Megat berbuat demikian,malah sikapnya yang cerewet memilih makanan memang sudah lama diketahui ibunya.

Suasana tengahari yang terik memang menyeksakan,apatah lagi bila berada di dalam rumah kayu beratap zink.Kipas yang dipasang dengan ketetapan laju maksima pun belum cukup untuk menyenangkan perasaan Megat.

Seperti kebiasaan,Megat akan keluar rumah.Kawasan rumah Megat yang seluas kira-kira suku ekar itu mempunyai halaman yang luas.Bahagian belakang pula dipenuhi dengan pokok-pokok rambutan,manggis,durian,mata kucing,kelapa yang kira-kira sudah lebih 15 tahun ditanam oleh ayah Megat sejak mula masuk ke kampong ini.Di bawah bayang-bayang pokok-pokok merimbun yang berjasa menahan panahan cahaya matahari itu lah Megat selalunya akan lari berteduh.



*********************************************


Rumah Zifah terletak lebih kurang 3 minit perjalanan berjalan kaki dari rumah Megat.Kawasan belakang rumah Zifah yang semak samun sering menjadi tempat permainan Megat dan rakan-rakan.

Hari itu,suasana kurang memberangsangkan – tiada seorang pun manusia yang berkumpul di belakang rumah Zifah.Megat yang baru sahaja sampai lalu memerhatikan kawasan sekeliling dengan pandangan mata yang agak sepet sambil mengangkat kening sebelah sebagai tanda kecewa.

Setelah diperhati betul-betul sambil menggaru kepala sekali sekala ,barulah Megat menyedari bahawa hari itu adalah hari Sabtu.Terdetik di hati Megat perasaan kecewa kerana rakan-rakan lebih mengutamakan menonton Panggung Sabtu.

No comments:

Post a Comment