“Kah kah kah!”
“Lepas tu apa lagi,tergolek macam nangka busuk la dia!”sembang
Iwan menceritakan pengalaman lucunya semasa zaman persekolahan.
“Kah kah kah!”tergelak terbarai masing-masing Megat dan Meon
di anjung rumah Iwan pada malam raya puasa ketiga itu.
Sembang pada malam itu memang cukup rancak. Suasana pada
lewat malam itu menjadi hingit bingit dengan
hilai tawa mereka bertiga bila masing-masing bercerita tentang pengalaman
dahulu.
Megat yang merupakan abang kepada Meon,bekerja sebagai buruh kasar
di kota raya.Meon pula masih lagi bergelar pelajar di salah sebuah universiti terkemuka
negara manakala Iwan bekerja sebagai pemandu kepada sebuah syarikat
penghantaran di ibu negara.Rumah Iwan yang terletak berhadapan dengan rumah
Megat dan Meon dan bersebelahan pula dengan surau komuniti menjadi tempat
pertemuan mereka pada malam itu.
Semakin lama masa berlalu,jam pula sudah menunjukkan pukul
5.00 pagi.Kerepek ubi yang sering menjadi pilihan mereka mengunyah sambil
bersembang sudah 4 hingga 5 kali ditambah.Kuih-muih lain seperti batang
buruk,tat nenas seolah-olah dipinggirkan,tidak berusik.Sekali sekala,untuk
menghilangkan kecanggungan,penutup bekas kuih-muih tunjuk itu adakalanya akan
dibuka dan ditutup berulang kali manakala cawan kosong berisi angin pula akan dibuat-buat hirup sehingga ke
titisan air terakhir.
Canggung.............
ada lagi,nanti aku sambung!
ada lagi,nanti aku sambung!