Wednesday, March 7, 2012

Borak sampai tak terborak


“Kah kah kah!”

“Lepas tu apa lagi,tergolek macam nangka busuk la dia!”sembang Iwan menceritakan pengalaman lucunya semasa zaman persekolahan.

“Kah kah kah!”tergelak terbarai masing-masing Megat dan Meon di anjung rumah Iwan pada malam raya puasa ketiga itu.

Sembang pada malam itu memang cukup rancak. Suasana pada lewat  malam itu menjadi hingit bingit dengan hilai tawa mereka bertiga bila masing-masing bercerita tentang pengalaman dahulu.

Megat yang merupakan abang kepada Meon,bekerja sebagai buruh kasar di kota raya.Meon pula masih lagi bergelar pelajar di salah sebuah universiti terkemuka negara manakala Iwan bekerja sebagai pemandu kepada sebuah syarikat penghantaran di ibu negara.Rumah Iwan yang terletak berhadapan dengan rumah Megat dan Meon dan bersebelahan pula dengan surau komuniti menjadi tempat pertemuan mereka pada malam itu.

Semakin lama masa berlalu,jam pula sudah menunjukkan pukul 5.00 pagi.Kerepek ubi yang sering menjadi pilihan mereka mengunyah sambil bersembang sudah 4 hingga 5 kali ditambah.Kuih-muih lain seperti batang buruk,tat nenas seolah-olah dipinggirkan,tidak berusik.Sekali sekala,untuk menghilangkan kecanggungan,penutup bekas kuih-muih tunjuk itu adakalanya akan dibuka dan ditutup berulang kali manakala cawan kosong berisi angin pula akan dibuat-buat hirup sehingga ke titisan air terakhir.



Canggung.............

ada lagi,nanti aku sambung!

Tuesday, March 6, 2012

Sabtu yang Canggung


Petang itu suasana biasa seperti hari-hari sebelumnya,langit cerah dan awan berarak perlahan.

Megat baru sahaja lepas menjamah makanan tengahari.Hari ini Megat kurang berselera.Sisa-sisa lauk dan nasi banyak yang dibazirkan lalu dibuang ke dalam mangkuk sebelah singki.

Ibu Megat,Mak Yah memandang tingkahlaku Megat.Dari pandangan mata Mak Yah,nampak perasaan kurang senang bercampur kecewa dengan anaknya membazirkan rezeki.Lagipun bukan sekali dua Megat berbuat demikian,malah sikapnya yang cerewet memilih makanan memang sudah lama diketahui ibunya.

Suasana tengahari yang terik memang menyeksakan,apatah lagi bila berada di dalam rumah kayu beratap zink.Kipas yang dipasang dengan ketetapan laju maksima pun belum cukup untuk menyenangkan perasaan Megat.

Seperti kebiasaan,Megat akan keluar rumah.Kawasan rumah Megat yang seluas kira-kira suku ekar itu mempunyai halaman yang luas.Bahagian belakang pula dipenuhi dengan pokok-pokok rambutan,manggis,durian,mata kucing,kelapa yang kira-kira sudah lebih 15 tahun ditanam oleh ayah Megat sejak mula masuk ke kampong ini.Di bawah bayang-bayang pokok-pokok merimbun yang berjasa menahan panahan cahaya matahari itu lah Megat selalunya akan lari berteduh.



*********************************************


Rumah Zifah terletak lebih kurang 3 minit perjalanan berjalan kaki dari rumah Megat.Kawasan belakang rumah Zifah yang semak samun sering menjadi tempat permainan Megat dan rakan-rakan.

Hari itu,suasana kurang memberangsangkan – tiada seorang pun manusia yang berkumpul di belakang rumah Zifah.Megat yang baru sahaja sampai lalu memerhatikan kawasan sekeliling dengan pandangan mata yang agak sepet sambil mengangkat kening sebelah sebagai tanda kecewa.

Setelah diperhati betul-betul sambil menggaru kepala sekali sekala ,barulah Megat menyedari bahawa hari itu adalah hari Sabtu.Terdetik di hati Megat perasaan kecewa kerana rakan-rakan lebih mengutamakan menonton Panggung Sabtu.